Institusi Pengajian Tinggi seperti politeknik merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual tinggi dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Sungguhpun demikian pengharapan ke arah visi tersebut tidak pernah menyimpang dari aspek keagamaan dan kerohanian serta kesukarlawanan. Begitulah senarionya dengan apa yang dilaksanakan oleh Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang.
Politeknik Muadzam Shah, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Berkala Kementerian Pendidikan Malaysia "Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin" atau lebih dikenali sebagai MEKAR 2013 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Penerangan Pahang bertempat di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin pada 19-22 September 2013.
Tujuan utama program MEKAR 2013 adalah perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang dipilih iaitu Komuniti Orang Asli Rompin dan mewujudkan semangat kesukarelawanan di dalam diri peserta yang terdiri dariapda pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), POliteknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Kolej Komuniti Rompin.
Selain itu, MEKAR 2013 juga bermatlamatkan 'Entrepreneurship" iaitu membantu membangunkan sumber ekonomi masyarakat orang asli melalui program keusahawanan. "Satety And Health" pula mampu membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat orang asli. Kesinambungan itu, kolaborasi antara politeknik, masyarakat orang asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan agensi-agensi setempat perlulah dipertingkatkan.
Selain daripada itu, aktiviti kesukarelawanan palajar juga dapat dipraktikkan sejajar dengan matlamat IM4U dan YES Politeknik (Politeknik kasih). Menurut Pengarah Program Mekar 2013, Encik Mohd ISa Abdul Rahim, "Antara aktiviti menarik yang dijalankan bersama masyarakat orang asli Kedaik ialah belajar servis kenderaan, kelas komputer, aktiviti mewarna, gotong royong, sukaneka dan Malam Kebudayaan Pentarama yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan.
Selain itu tidak ketinggalan Klinik Bola Sepak, Padang ini Padang Kita, Rawtan Kesihatan, Kempen Pencegahan daripada JKJR dan Bomba serta banayak lagi acara menarik dijalankan demi memodenisasikan masyarakat Kedaik."
Kemuncak MEKAR 2013 ialah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 22 September 2013 di Padang Awam, Perkampungan Masyarakat Kedaik, Rompin yang dirasmikan oleh YB Dati Sri Dr. Hj jamaludin Bin Dato' Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin merangkap Penasihat Khas Kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. hadir sama Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Dato' Hj Mohd Sani Bin Mistam dan En Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP.
Di pihak Politeknik Muadzam Shah dan agensi-agensi yang terlibat, MEKAR 2013 ini diharapkan akan menjadi satu platform menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada Komuniti dan Orang Asli Rompin bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup.
Menurut Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah, MEKAR 2013 yang merupakan program kemasyarakatan berkala selama empat tahun ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar ia dapat mencapai matlamat yang diharapkan. pelbagai program lanjutan akan dirancang selepas ini sebagai langkah melestarikan kolaborasi yang telah dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment